Tuesday, 4 April 2017

BIOGRAFI SAYA


Hai Assalamualaikum Semua 😉

   Nama diberi ialah Nurin Izzati binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Nurin. Orang disekeliling saya juga memanggil saya dengan nama gelaran Nurin.  Saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu pada 11 Disember 1999. Saya anak pertama dari tiga orang adik beradik. Saya lahir dalam keluarga yang sederhana. Ayah saya bekerja sebagai Pengurus Bank manakala Ibu saya bekerja sebagai Pegawai Bank. Saya menetap di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di sana.

    Ketika berumur 6 Tahun, saya mula bersekolah di sekolah Tadika CEC. Kemudian pada 7 Tahun , saya melanjutkan pembelajaran saya di Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah atau lebih dikenali (SKSHAS) sehingga 12 Tahun saya menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seterusnya, sewaktu umur saya 13 Tahun, saya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuala Lumpur sehingga 15 Tahun dan menduduki Peperiksaan Penialaian Tingkatan 3 (PT3). Selepas itu, saya sambung melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Jasin di Melaka, sekolah berkemahiran dan ceburi dalam bidang pemasaran.

   Cita-cita saya ingin menjadi seorang yang berjaya di dunia dunia dan akhirat. Saya juga ingin menjadi seorang Business Woman yang berjaya dan kaya raya. InshaAllah💛💛  Harapan saya adalah untuk mebahagiakan kedua ibu bapa saya dan orang yang tersayang.

Baiklah, sampai disini sahaja tentang diri saya. 

Terima Kasih kerana sudi membaca Blog saya yang tak berapa sempurna ini. Hehe, mintak maaf jika ada terkurang atau tersalah bahasa. Sekian dari saya, Assalamualaikum. Jumpa lagi!👋👋






TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA




Aliff Syukri Kamarzaman

Dato' Aliff Syukri bin Kamarzaman (lahir 3 April 1987) merupakan seorang pelakon, usahawan muda, pengarah urusan dan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan slogannya, 'Terlajak Laris' di Malaysia. Beliau merupakan anak ketiga kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Latar Belakang

Dato' Aliff Syukri B Kamarzaman telah dilahirkan di Felda Kechau, Kuala LipisPahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Penglibatan Dalam Dunia Perniagaan


Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada sekarang ini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak BernamSelangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihat di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.
Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.
Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang JayaSelangor.

Penubuhan Awal Syarikat D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.
Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah :
  • Bedak Asas,
  • Produk pelansingan,
  • Minuman Kesihatan Wanita dan
  • Lipstick Rawatan Bibir
Kini, syarikat ini sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D'Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di MalaysiaSingapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D' Herbs Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.

Antara produk produk D'Herbs:
➤ Tungku Berherba Mak Bidan
➤ Syampu Super Lebat
➤ Tablet Ibu Susu Kambing
➤ Toner Madu Propolis
➤ Trial Pack Set Super Lebat
➤ Set Lunas Berherba
➤ Set MakeUp D'Herbs
➤ Set Wajah Madu Propolis
➤ Shampoo Upin dan Ipin
➤ Krim Kaki Cantik
➤ Krim Madu Propolis
➤ Krim Super Lebat
➤ Lipstik Collagen
➤ Losyen badan Aura 7 Bunga
➤ Losyen bayi Mak Bidan
➤ Losyen Putih Susu
➤ Minyak Kelapa Dara Asli
➤ Glow B White
➤ Herbal Detox
➤ Jus Arjuna Maxx
➤ Korset Ratu Kebaya
➤ Panty Liner
➤ Payu Up Collagen
➤ Perawan Gold Plus Collagen
➤ Perawan Herbal Wash
➤ Pewarna Rambut Super Lebat
➤ Primadona Gold Premix Coffee
➤ Rani Gel Liner
➤ Putih Susu Beauty Hans
➤ Royal Henna Black
➤ Royal Henna Brown
➤ Sabun Lunas R'SDONG
➤ Set Bersalin Mak Bidan
➤ Madu Asli
➤ Makmul Munajat
➤ Maskara Arab
➤ Mukjizat Soap Herbal Body Scrub
➤ Ibu Susu Kambing
➤ Juliet Beauty Soap
➤ Jus Kocok 
➤ Jus Perawan
➤ Gel Mandian Aura 7 Bunga
➤ Kopi Nikmat
➤ Kismis Pintar Ibnu Sina
➤ Kapsul Lunas R'SDONG
➤ Bedak Aura Pesona Bintang
➤ Bedak Berherba Lunas
➤ Bengkung Mak Bidan
➤ Celak Arab
➤ Diet Gold
➤ Coffee Arjuna Maxx
➤ Coklat Pintar Ibnu Sina
➤ Diamond Foundation
➤ Fantasy SkinCare
➤ Fiber Fantasi
➤ Gamolen Gold
➤ Gel Aloe Gamat

Selanjutnya boleh pergi ke laman web:
http://deherbs.com.my/shop/

Rahsia Kejayaan Dato’ Aliff Syukri bin Kamaruzzaman.
Pertama kali melihat Dato’ Aliff Syukri secara life saya perhatikan waktak dia sama sahaja sama ada di dalam TV atau pun di video-video yang beliau kongsi dengan follower. Orangnya happening, memang menggamatkan suasana. Tidak plastik. Mesra dengan sesiapa sahaja.
Beliau rupanya baru berumur 29 tahun (2016). Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Hobi memasak dan sangat sukakan kucing. Berasal dari keluarga felda yang miskin. Ayah penoreh getah. Belajar tidak pandai. Pendidikan setakat SPM sahaja. Itupun tak lulus. Orang selalu kata dia ‘budak tak pandai’. Sebab ada penyakit Dyslexia. Tidak akan berjaya dalam hidup.

Kata-kata itu benar-benar membakar semangat beliau untuk berjaya. Beliau yakin walaupun tidak belajar tinggi dia boleh berjaya kalau berusaha dengan gigih. Selepas berhenti sekolah. Dato’ Aliff mula bekerja di bahagian customer servis tetapi perasaan untuk berniaga sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya.
Beliau kemudiannya berhenti kerja dan mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan panjat tangga pejabat. Kemudian, berniaga di pasar pagi dan pasar malam selama 2 tahun setengah. Sambutan yang hebat dari pelanggan membuatkan tercetusnya idea untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri.
Daripada keuntungan jualan di pasar malam, beliau menubuhkan perniagaan D’ Herbs pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun. Mendapat gelaran Dato’ ketika berusia 25 tahun.
Pesan Dato Aliff

#1 – Jangan Malu

Dalam berniaga jangan malu. Orang lelaki tidak berani pakai baju kilat-kilat, saya pakai. Cipta kelainan. Hanya untuk bisnes. Jika diluar bersama keluarga saya lebih suka yang simple.

#2 – Bangga Dengan Produk Kita

Bangga dengan apa yang kita jual. Jika kita malu nak jual, orang pun malu nak beli.

#3 – Cara Pemasaran

Apa-apa benda yang kita jual mampu menjadikan kita jutawan. ‘Produk’ itu alat sahaja. Yang penting bagaimana cara kita memasarkannya.

#4 – Buat Orang Ingat

Buat sesuatu yang ‘catchy’ yang buatkan orang ingat.

#5 – Periklanan Diluar Imaginasi

Buat periklanan diluar imaginasi anda. Beliau juga pernah buat jualan RM5 juta dalam masa 3 bulan pada awal perniagaannya.

#6 – Pasang Matlamat

Pasang matlamat. Tulis apa yang hendak dicapai. Beliau pada awalnya, tulis impian di kertas A4 dan tulis tarikh bila nak capai. Antara impiannya ialah kereta idaman : kereta toyota camry dan nak beli satu unit kondominium. Sekarang beliau ada beberapa kereta mewah dan 200 properties seluruh Malaysia.

Bagaimana menangani Masalah Perniagaan

#7 – Cabaran & Kesusahan

Perniagaan itu bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Besar cabaran yang kita hadapi lagi besar kejayaan yang akan anda kecapi.

#8 – Teruskan Perjuangan

Masalah itu seperti kentut. Tidak boleh disimpan. Akan menjadi toksik dalam badan. Kena dilepaskan. Tenang-tenang cari solusi. Apa jua masalah inshaallah akan ada penyelesaiannya. Lupakan penghinaan. Teruskan perjuangan. Masalah dan cabaran itu adalah satu sijil yang akan meningkatkan potensi diri anda.
Beliau masih menulis impian. Antara impian yang beliau kongsi ialah ingin membina rumah banglo idaman, membuat jualan 15 juta sebulan dan membina rumah anak-anak yatim.
Selain itu,
PROFILE TOKOH :
Nama                               : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Umur                               : 35 tahun (24 Julai 1976)
Warganegara                   : Malaysia
Adik Beradik                  : Keempat daripada enam beradik
Pendidikan                      : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan                           : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Pencapaian                         : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang
membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).
maxresdefault
SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH
Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” menurutnya lagi.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,”.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,”.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,”.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”


Sunday, 2 April 2017

Perniagaan Internet

Apakah itu Perniagaan Internet?

Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu . Apa yang membezakan cumalah platform sahaja .


Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet , kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya  dengan lebih cepat .

Segala – galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin di jual mempunyai nilai atau tidak . Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari . Inilah dunia perniagaan internet di mana trnasaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain . 

Selain itu, terdapat banyak cara untuk memasarkan produk antara contohnya melalui:

Defini Facebook Marketing? (FB Ads)

Secara sederhana, "FB Ads" terdiri dari 2 kata "facebook" dan "ads" yang ertinya "iklan facbook". Dalam pengertian yang lebih panjang: FB Ads iaitu kemudahan mengiklankan yang disediakan oleh facebook.

Iklan Facebook atau Facebook Ads merupakan ciri-ciri yang ditawarkan oleh Facebook untuk mempromosikan atau mengiklankan suatu Fan Page yang sebelumnya sudah dibuat oleh pengguna Facebook dengan liputan yang berbeza dan boleh ditetapkan oleh pengiklan tersebut. Facebook sendiri merupakan laman web rangkaian sosial dengan platform yang membolehkan para penggunanya untuk mencipta laman peribadi, menambah teman, serta menghantar mesej.

Mengapa memilih Iklan dengan menggunakan Facebook?

Menurut hasil penyelidikan, Facebook merupakan sosial media terbesar yang paling banyak digunakan oleh penduduk negara-negara di dunia. Termasuk Indonesia. Pengguna Facebook di dunia pada suku 1 tahun 2015 menurut data hampir 1.4 billion orang.

Cara membuat Iklan Facebook



Ramai bertanya sifufbads.com, bagaimana nak buat iklan facebook? Boleh ajar?

Di bawah, saya tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk buat iklan facebook. Dalam contoh di bawah, saya tunjukkan panduan promosikan fanpage.

Langkah 1: Klik pada “home“, pilih “Advertise on Facebook



Langkah 2: Klik “create ad Ad

Langkah 3: Pilih fanpage yang anda ingin promosikan.


Langkah 4: Ada 3 objektif yang anda boleh pilih. Pilih mana yang selari dengan objektif anda.
4
Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan LIKE, anda boleh pilih ads jenis di bawah.
5
Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan respons pada post, anda boleh pilih ads jenis di bawah. (Jenis-jenis page post anda boleh rujuk artikel sebelum ini)
6
Langkah 5: Untuk sponsored Stories, terpulang pada anda samada mahu gunakannya atau tidak. Jika tidak mahu, klik “remove“.
7
Langkah 6: Pilih audien anda. (kepada siapa anda ingin iklankan )
8
Langkah 7: Pilih connections
9
Langkah 8: Isikan maklumat Campaign, Pricing and Schedule
10
Langkah 9: Pilih jenis pricing yang anda mahukan.
11

Nota:
CPC – kos iklan anda adalah berdasarkan klik yang diperolehi.
CPM – kos iklan berdasarkan setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan
AutoCPM (sponsored story) – kos iklan berdasarkan jumlah reach(audien) yang anda mahukan
Langkah 10: Isikan maklumat bid anda.
12
Langkah 11:  Klik “review ad
13
Langkah 12: Review ads anda dahulu dan namakan ads anda.
14
Langkah 13: Anda diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit anda.
15
Langkah 14: Isikan maklumat kad debit/kad kredit anda seperti ini.
16
Langkah 15: Seterusnya, klik “skip”
17
Langkah 16: Masukkan password akaun FB anda.
18
Langkah 17: Anda diminta isikan informasi akaun anda.
19
Langkah 18: Ads @ iklan pertama anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihak FB.
20
Langkah 19: Ads anda akan dihantar ke pihak FB untuk kelulusan. Biasanya ianya mengambil masa paling cepat 2 minit, dan paling lambat 3 hari. (iklan yang diluluskan juga akan dimaklumkan melalui emel anda oleh FB)
22
Bagaimana? Boleh ikutinya? Tahniah..


Whatsapp pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada rancangan untuk membuatkan aplikasi mereka mesra bisnes. Whatsapp pernah memetik ungkapan Tyler Durden dari Fight Club di dalam blog mereka:
‘Advertising has us chasing cars and clothes, working jobs we hate so we can buy shit we don’t need’
Ternyata mereka lebih menumpukan kepada servis mereka untuk keperluan umum, bukan untuk bisnes. Jadi buat masa ini, kemungkinan mereka mengoptimumkan Whatsapp untuk kegunaan bisnes amatlah rendah.
Tidak hairanlah jika kita sering terbaca atau dengar kisah rakan-rakan usahawan kita yang mana urusan transaksi perniagaan mereka di WhatsApp yang tersekat, mahupun DISEKAT oleh WhatsApp! Manakan tidak, dalam sehari sampai lebih seribu mesej masuk. Memang huru-hara jadinya.
Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk atasi masalah sebegini. Di sini kami kongsikan 5 tip yang efektif untuk anda:
1) Gunakan nombor khas untuk bisnes – supaya tidak bercampur dengan komunikasi peribadi. Okay, bunyi macam ‘simple’, tapi jangan tak tahu ramai juga rakan-rakan usahawan kita yang melakukan kesilapan begini!
2) ‘Save’ nombor telefon berserta tarikh – supaya anda tahu sedikit sebanyak maklumat pembeli sekali pandang. Contoh “Customer Zul 081115”. Kalau anda menjual lebih dari satu jenis produk, boleh juga anda letak kod produk pada nama pelanggan. Contoh “Customer Zul 081115 XYZ”. Bukan sahaja anda boleh menguruskan data pelanggan dengan lebih berkesan, malah anda juga mampu untuk mengenalpasti sasaran daripada database anda sendiri pelanggan mana yang anda mahu tawarkan lagi produk atau servis lanjutan melalui ‘upsell’ ataupun ‘cross-sell’. Tentu sekali lebih mudah dan ‘targeted’ untuk anda ‘broadcast’ promosi barangan anda yang baru nanti. Tapi terlebih dahulu tentu sekali anda perlu mulakan dengan mengkatalog senarai produk-produk anda dengan kod item.
3) Gunakan Whatsapp web – supaya perkhidmatan pelanggan boleh dikendalikan oleh lebih dari seorang. Ini penting, terutamanya jika bisnes anda semakin berkembang anda memang perlu dapatkan bantuan staff tambahan. Benar, pekerja tambahan melibatkan kos tetapi anggap saja ianya satu pelaburan dalam membesarkan lagi operasi anda.
4) Gandingkan dengan aplikasi telefon bimbit tambahan supaya urusan perniagaan lebih tersusun. Antara aplikasi yang boleh digandingkan dengan Whatsapp ialah seperti Statuz App, suatu aplikasi telefon bimbit percuma yang dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia yang boleh membuatkan komunikasi dan urusan perniagaan anda lebih tersusun. Sebagai contoh, Statuz App membolehkan peniaga menghantar atau share status tempahan kepada pembeli melalui Whatsapp. Ini dapat mengurangkan pertanyaan rutin yang selalu ditanya pembeli. Penggunaan Statuz App juga membuat ‘tracking’ tempahan lebih mudah kerana Statuz App akan meninggalkan satu link di Whatsapp yang membolehkan peniaga merujuk kembali status tempahan terperinci apabila pelanggan bertanya melalui Whatsapp.
5) Perlu diingatkan, nombor telefon pelanggan bukanlah satu-satunya jenis data yang anda patut simpan. Gunakan WhatsApp sebagai platform untuk anda jemput pelanggan ke laman web anda tapi pastikan anda turut menyediakan ‘squeeze page’ untuk anda tarik email pelanggan anda. Ini penting agar andaikata oleh sebarang sebab anda kehilangan data nombor telefon pelanggan, anda tetap mampu untuk terus membuat duit ataupun ‘monetize’ daripada data pelanggan yang anda simpan melalui pemasaran email. Tapi ini topik yang memerlukan ulasan lebih lanjut, insyaAllah akan kami berikan ulasan yang lebih mendalam di kesempatan akan datang.
Selamat mencuba!


Masih ramai lagi para peniaga yang belum mempunyai blog.
Sekiranya anda berniaga di internet, atau secara offline, maka blog boleh menjadi tapak perniagaan anda yang seterusnya.
Jika anda sudah mempunyai blog, tahniah.
Kelebihan Blog
Tetapi jika belum, mungkin anda boleh lihat kembali sekiranya ada keperluan untuk anda membuat blog bagi membina jenama perniagaan anda di internet.
Selain itu, ia juga bagi memudahkan para pelanggan anda merujuk sebarang maklumat produk, servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, testimoni pelanggan, pembelian secara online dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan blog perniagaan anda.
Dalam masa beberapa tahun lagi, kebanyakan perkhidmatan dan transaksi, boleh dan perlu dilakukan secara online di mana sudah ramai yang menggunakan internet melalui laptop, computer, tablet, telefon pintar dan sebagainya.
Pastikan perniagaan anda tidak ketinggalan.
Tidak cukup jika anda hanya berniaga di Mudah.my, atau di Facebook.com kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh ubah polisi perniagaan mereka.
Sebaliknya, jika anda mempunyai blog, dan menyalurkan pelanggan anda di Mudah.my atau di Facebook ke blog anda, maka secara tak langsung anda sudah punya tapak anda sendiri.
Di mana pelawat atau pelanggan anda boleh ke laman blog anda bila-bila masa sahaja dan melihat artikel yang anda tulis dengan mudah.
Jadi, anda boleh mengelakkan daripada terpaksa reply di Facebook atau Whatsapp perkara yang sama kepada setiap pelanggan anda sedangkan mereka boleh membaca lanjut berkaitan perniagaan anda di blog anda.
Adalah lebih mudah jika anda kongsikan sahaja alamat blog anda kepada bakal pelanggan anda untuk mereka lihat lebih lanjut pelbagai produk dan perkidmatan yang anda tawarkan.
Blog sentiasa relevan
Berbanding platform media sosial yang lain, yang ada pasang dan surutnya, serta banyak persaingan dan perubahan polisi, blog sentiasa menjadi pilihan utama dan relevan untuk jangka masa yang lama.
Ini kerana, setiap yang melayari internet akan mencari maklumat lanjut berkaitan sesuatu perkara. Dan biasanya mereka akan merujuk dan membaca artikel-artikel di blog.
Bagaimana ingin membuat blog?
Jika anda masih baru, anda boleh pilih untuk buat blog percuma di platform percuma di Blogspot.com atau di WordPress.com .
Hanya daftar emel anda dan ikut langkah yang diberikan untuk anda membina blog percuma anda.
Pilihan kedua adalah dengan membeli nama domain dan hosting anda sendiri, iaitu blog berbayar dengan kos serendah RM 60 setahun.
Di mana anda lebih bebas dengan blog anda dari segi design, meletakkan iklan, membuat plan backup artikel blog, memuat naik fail dan sebagainya.
Untuk membina blog sendiri, anda perlu komitmen dan sanggup untuk pelajari asas berkaitan hosting, nama domain, cPanel dan lain-lain yang sebenarnya adalah mudah sahaja. Dengan syarat anda sanggup mencuba sesuatu yang baru.
Jika anda ingin memilih kaedah kedua iaitu dengan membina blog anda sendiri, saya telah sediakan lebih daripada 20 video berkaitan segala perkara yang perlu anda tahu dan pelajari secara live langkah demi langkah.
Saya pakejkan video tersebut dalam Panduan Membina Blog WordPress Sendiri yang boleh didapati di sini.
Sekali lagi saya tegaskan, anda boleh membina blog Percuma dahulu dan dapatkan pengalaman dalam blogging. Ini kerana asasnya adalah sama sahaja.
Dan apabila anda sudah sedia suatu masa nanti, dan bercadang ingin memiliki blog berbayar dengan nama domain (jenama) anda sendiri, maka anda boleh memilih langkah kedua tadi pula.
Sekian:)
Terima kasih.