Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Penubuhan Awal Syarikat D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.
Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.
Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah :
- Bedak Asas,
- Produk pelansingan,
- Minuman Kesihatan Wanita dan
- Lipstick Rawatan Bibir
Kini, syarikat ini sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D'Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D' Herbs Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.
Antara produk produk D'Herbs:
➤ Tungku Berherba Mak Bidan
➤ Syampu Super Lebat
➤ Tablet Ibu Susu Kambing
➤ Toner Madu Propolis
➤ Trial Pack Set Super Lebat
➤ Set Lunas Berherba
➤ Set MakeUp D'Herbs
➤ Set Wajah Madu Propolis
➤ Shampoo Upin dan Ipin
➤ Krim Kaki Cantik
➤ Krim Madu Propolis
➤ Krim Super Lebat
➤ Lipstik Collagen
➤ Losyen badan Aura 7 Bunga
➤ Losyen bayi Mak Bidan
➤ Losyen Putih Susu
➤ Minyak Kelapa Dara Asli
➤ Glow B White
➤ Herbal Detox
➤ Jus Arjuna Maxx
➤ Korset Ratu Kebaya
➤ Panty Liner
➤ Payu Up Collagen
➤ Perawan Gold Plus Collagen
➤ Perawan Herbal Wash
➤ Pewarna Rambut Super Lebat
➤ Primadona Gold Premix Coffee
➤ Rani Gel Liner
➤ Putih Susu Beauty Hans
➤ Royal Henna Black
➤ Royal Henna Brown
➤ Sabun Lunas R'SDONG
➤ Set Bersalin Mak Bidan
➤ Madu Asli
➤ Makmul Munajat
➤ Maskara Arab
➤ Mukjizat Soap Herbal Body Scrub
➤ Ibu Susu Kambing
➤ Juliet Beauty Soap
➤ Jus Kocok
➤ Jus Perawan
➤ Gel Mandian Aura 7 Bunga
➤ Kopi Nikmat
➤ Kismis Pintar Ibnu Sina
➤ Kapsul Lunas R'SDONG
➤ Bedak Aura Pesona Bintang
➤ Bedak Berherba Lunas
➤ Bengkung Mak Bidan
➤ Celak Arab
➤ Diet Gold
➤ Coffee Arjuna Maxx
➤ Coklat Pintar Ibnu Sina
➤ Diamond Foundation
➤ Fantasy SkinCare
➤ Fiber Fantasi
➤ Gamolen Gold
➤ Gel Aloe Gamat
Selanjutnya boleh pergi ke laman web:
http://deherbs.com.my/shop/
Rahsia Kejayaan Dato’ Aliff Syukri bin Kamaruzzaman.
Pertama kali melihat Dato’ Aliff Syukri secara life saya perhatikan waktak dia sama sahaja sama ada di dalam TV atau pun di video-video yang beliau kongsi dengan follower. Orangnya happening, memang menggamatkan suasana. Tidak plastik. Mesra dengan sesiapa sahaja.
Beliau rupanya baru berumur 29 tahun (2016). Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Hobi memasak dan sangat sukakan kucing. Berasal dari keluarga felda yang miskin. Ayah penoreh getah. Belajar tidak pandai. Pendidikan setakat SPM sahaja. Itupun tak lulus. Orang selalu kata dia ‘budak tak pandai’. Sebab ada penyakit Dyslexia. Tidak akan berjaya dalam hidup.
Kata-kata itu benar-benar membakar semangat beliau untuk berjaya. Beliau yakin walaupun tidak belajar tinggi dia boleh berjaya kalau berusaha dengan gigih. Selepas berhenti sekolah. Dato’ Aliff mula bekerja di bahagian customer servis tetapi perasaan untuk berniaga sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya.
Beliau kemudiannya berhenti kerja dan mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan panjat tangga pejabat. Kemudian, berniaga di pasar pagi dan pasar malam selama 2 tahun setengah. Sambutan yang hebat dari pelanggan membuatkan tercetusnya idea untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri.
Daripada keuntungan jualan di pasar malam, beliau menubuhkan perniagaan D’ Herbs pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun. Mendapat gelaran Dato’ ketika berusia 25 tahun.
Pesan Dato Aliff
#1 – Jangan Malu
Dalam berniaga jangan malu. Orang lelaki tidak berani pakai baju kilat-kilat, saya pakai. Cipta kelainan. Hanya untuk bisnes. Jika diluar bersama keluarga saya lebih suka yang simple.
#2 – Bangga Dengan Produk Kita
Bangga dengan apa yang kita jual. Jika kita malu nak jual, orang pun malu nak beli.
#3 – Cara Pemasaran
Apa-apa benda yang kita jual mampu menjadikan kita jutawan. ‘Produk’ itu alat sahaja. Yang penting bagaimana cara kita memasarkannya.
#4 – Buat Orang Ingat
Buat sesuatu yang ‘catchy’ yang buatkan orang ingat.
#5 – Periklanan Diluar Imaginasi
Buat periklanan diluar imaginasi anda. Beliau juga pernah buat jualan RM5 juta dalam masa 3 bulan pada awal perniagaannya.
#6 – Pasang Matlamat
Pasang matlamat. Tulis apa yang hendak dicapai. Beliau pada awalnya, tulis impian di kertas A4 dan tulis tarikh bila nak capai. Antara impiannya ialah kereta idaman : kereta toyota camry dan nak beli satu unit kondominium. Sekarang beliau ada beberapa kereta mewah dan 200 properties seluruh Malaysia.
Bagaimana menangani Masalah Perniagaan
#7 – Cabaran & Kesusahan
Perniagaan itu bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Besar cabaran yang kita hadapi lagi besar kejayaan yang akan anda kecapi.
#8 – Teruskan Perjuangan
Masalah itu seperti kentut. Tidak boleh disimpan. Akan menjadi toksik dalam badan. Kena dilepaskan. Tenang-tenang cari solusi. Apa jua masalah inshaallah akan ada penyelesaiannya. Lupakan penghinaan. Teruskan perjuangan. Masalah dan cabaran itu adalah satu sijil yang akan meningkatkan potensi diri anda.
Beliau masih menulis impian. Antara impian yang beliau kongsi ialah ingin membina rumah banglo idaman, membuat jualan 15 juta sebulan dan membina rumah anak-anak yatim.
Selain itu,
PROFILE TOKOH :
Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Umur : 35 tahun (24 Julai 1976)
Warganegara : Malaysia
Adik Beradik : Keempat daripada enam beradik
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang
membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).
SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH
Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” menurutnya lagi.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,”.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,”.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,”.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”